Friday, November 4, 2011

KEMPEN MENGHIJAUKAN BUMI DENGAN SLOGAN "SATU WARGA SATU POKOK"


Tarikh Pelancaran:
22 April 2010 sehingga 2014
Sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia.

Objektif :

Memupuk kesedaran kepada masyarakat betapa perlunya kita bersama-sama memberi sumbagan kepada bumi agar sumber alam semulajadi yang diperolehi dapat dipelihara untuk menjamin kelestariannya.

Faedah/Tujuan:
  1. Untuk berada dalam suasana alam sewkitar yang bersih dan selamat.
  2. bagi memastikan rakyat malaysia dapat hidup dalam suasana kehijauan
  3. Menangani isu perubahan iklim.
  4. Membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap masalah yang dihadapi bumi.
  5. Untuk menyelamatkan bumi supaya kehidupan bumi tidak mengalami kepupusan.
Isu Alam Sekitar

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha emmbangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup(abiosis) contohnya tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik dan perlu dijaga.

Atas dasar ini, manusia perlu perihatin terhadap aktiviti-aktiviti manusia yang menjadi punca pencemaran hanya semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan diri. Pencemaran mengubah persekitaran sehingga keseimbangan alam terjejas.

Kesan Rumah Hijau

Merupakan kesan pencemaran udara. Penghasilan Karbon Dioksida yang berlebihan merupakan punca kesan rumah hijau, Pelepasan gas seperti metana, CFC dan Nitrus Dioksida menyebabkan pemanasan bumi yang tidak terkawal. 

Kepentingan Keseimbangan Alam

Untuk mengekalkan kehidupan, peranan kitar semulajadi adalah penting untuk membolehkan organisma terus hidup dan membiak.

Kitar semulajadi terbahagi kepada 3:
  1. Kitar Nitrogen
  2. Kitar Karbon
  3. Kitar Air.
Kesimbangan Alam kita telah dicemari oleh bencana lama seperti:
  1. Banjir.
  2. Letupan Gunung Berapi
  3. Pembakaran Hutan
  4. Taufan
  5. Gempa Bumi
  6. Kemarau.
Selain pencemaran alam manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar:
  1. Penggunaan kenderaan dan jentera-pencemaran udara yang teruk.
  2. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.
  3. Dalam industrian pertanian penggunaan gas beracur, Insektisi(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan seterusnya dimakan leh manusia.
Faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau:
  1. Aktiviti perindustrian dan pengangkutan.
  2. Pembalakan yang berterusan meningkat Karbon Monoksida.
  3. Pembakaran atau pembakaran hutan
  4. pertanian pindah yang menyebabkan kemusnahan hutan.
  5. Urbanisasi yang menghasilkan banyak karbon dioksida dan habuk.


Kesan rumah hijau kepada alam sekitar:
  1. Merosakkan habitat(tempat tinggal haiwan)
  2. menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan
  3. Mengganggu kitar semulajadi.
  4. Pencemaranalam sekitar.


Kesan rumah hijau kepada manusia:
  1. Asma
  2. Radang paru-paru
  3. Gangguan pernafasan
  4. Barah
Cara melindungi alam sekitar:
  1. Mencari sumber alternatif seperti tenaga solar
  2. Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat
  3. Menanam pokok
  4. Perhutanan semula
Cara pengurusan alam:
  1. Menghadkan aktiviti pembalakan
  2. Mengawal pembukaan tanah baru
  3. Menghadkan aktiviti perlombongan
Saranan :

Marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini dengan menanam pokok-pokok bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar serta menyelamatkan bumi dari pemanasan global. Hanya dengan tangan-tangan kitalah bumi semakin menghijau dan memberi sumber kehidupan kepada generasi penerus masa depa. Haiwan dan habitatnya serta tumbuh-tumbuhan terus terpelihara dari kepupusan. Cintailah bumi kita.........

Tuesday, November 1, 2011

PROJEK SAINS: TAMAN RAMA-RAMA, PUSAT SAINS NEGARA

23 oktober 2011 kami ke Taman Rama-Rama, Pusat Sains Negara untuk menyiapkan  tugasan yang yang di berikan  oleh Puan Kay. Tempatnya sangat menarik dan banyak maklumat dan pengalaman yang kami perolehi di sana. 



Nawa, ani, shila dan ita



Sesi Penerangan Oleh Petugas 



Maklumat yang boleh dikongsi bersama:




Wednesday, October 12, 2011

SAINS DI SEKELILING KITA

Sains tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Semua yang ada di sekitar manusia adalah hasil penemuan sains yang melalui tahap kemajuan berbeza. Setiap generasi merasai manafaat daripada kemajuan dan kecanggihannya. Alat pengangkutan, komunikasi, pertanian, perindustrian dan pelbagai hasil teknologi adalah bukti bahawa sains mendominasi kehidupan manusia sejagat. Sedar atau tidak sesungguhnya sains sangat penting dalam kehidupan...